Aur dengan tebing...
Ya, satu ungkapan yang lebih sedap didengar berbanding istilah 'kawan'.
Adakah kerana aku takut terasa hati, marah, dendam, kecewa atau terlalu mengharap jika menggunakan istilah 'kawan'?
Entahlah... Tapi aku selesa begini...
Mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadapnya,
Mempunyai rasa kagum tatkala dia berkata-kata,
Mempunyai rasa simpati tatkala dia bersedih,
Mempunyai seribu satu rasa apabila bersama dia... (yang baik-baik aje..)
Seorang teman pernah berkata padaku, "there is no 'thanks' in friendship".
Kita perlukan 'kawan', 'teman', 'sahabat'...
Tapi antara aku dan dia, kami lebih kepada "aur dengan tebing".
Saling bergantungan tatkala diperlukan.
Doa untuknya sentiasa dititipkan.
TERIMA KASIH.
Ungkapan TERIMA KASIH tidak layak diucapkan kepadamu,
jika hendak dibandingkan dengan setiap lakuanmu untukku...
Jika ada tingkat teratas untuk kuungkapkan rasa penghargaanku terhadapmu,
akan kudaki dan kulaungkan sebagai tanda TERIMA KASIH yang tidak TERHINGGA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
(^__^) Terima kasih!