Aur dengan tebing...
Ya, satu ungkapan yang lebih sedap didengar berbanding istilah 'kawan'.
Adakah kerana aku takut terasa hati, marah, dendam, kecewa atau terlalu mengharap jika menggunakan istilah 'kawan'?
Entahlah... Tapi aku selesa begini...
Mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadapnya,
Mempunyai rasa kagum tatkala dia berkata-kata,
Mempunyai rasa simpati tatkala dia bersedih,
Mempunyai seribu satu rasa apabila bersama dia... (yang baik-baik aje..)
Seorang teman pernah berkata padaku, "there is no 'thanks' in friendship".
Kita perlukan 'kawan', 'teman', 'sahabat'...
Tapi antara aku dan dia, kami lebih kepada "aur dengan tebing".
Saling bergantungan tatkala diperlukan.
Doa untuknya sentiasa dititipkan.
TERIMA KASIH.
Ungkapan TERIMA KASIH tidak layak diucapkan kepadamu,
jika hendak dibandingkan dengan setiap lakuanmu untukku...
Jika ada tingkat teratas untuk kuungkapkan rasa penghargaanku terhadapmu,
akan kudaki dan kulaungkan sebagai tanda TERIMA KASIH yang tidak TERHINGGA!
Jun 17, 2010
Jun 13, 2010
Adversity Quotient
Kebiasaannya, di Malaysia kita sering dihambat dengan istilah seperti IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quoient) dan SQ (Spiritual Quotient). Istilah AQ (Adversity Quotient) jarang sekali disentuh oleh motivator kalau kita pergi ke mana-mana kursus motivasi. (atau aku yang ketinggalan, barangkali... hehehe).
Berbicara tentang AQ yang diilhamkan oleh Stoltz, Paul G.. Sebelum itu, lebih mudah jika kita rujuk dulu definisi AQ itu sendiri. AQ merupakan salah satu faktor yang dapat membentuk kejayaan, selain IQ yang tinggi ataupun EQ yang mantap mahupun SQ yang bagus. AQ adalah suatu cara yang diaplikasikan oleh seseorang untuk tabah dalam mengatasi hambatan-hambatan ataupun kesulitan-kesulitanyang dihadapinya. Hidup ini seperti mendaki gunung. Kepuasan dicapai melalui usaha tanpa jemu untuk terus mendaki, meskipun kadang-kadang langkah demi langkah yang ditapakkan terasa lambat dan menyakitkan.
Tiga golongan pendaki yang Stoltz telah ilhamkan; Quitters, Campers dan Climbers.
Berbicara tentang AQ yang diilhamkan oleh Stoltz, Paul G.. Sebelum itu, lebih mudah jika kita rujuk dulu definisi AQ itu sendiri. AQ merupakan salah satu faktor yang dapat membentuk kejayaan, selain IQ yang tinggi ataupun EQ yang mantap mahupun SQ yang bagus. AQ adalah suatu cara yang diaplikasikan oleh seseorang untuk tabah dalam mengatasi hambatan-hambatan ataupun kesulitan-kesulitanyang dihadapinya. Hidup ini seperti mendaki gunung. Kepuasan dicapai melalui usaha tanpa jemu untuk terus mendaki, meskipun kadang-kadang langkah demi langkah yang ditapakkan terasa lambat dan menyakitkan.
Tiga golongan pendaki yang Stoltz telah ilhamkan; Quitters, Campers dan Climbers.
| PROFIL | CIRI-CIRI |
| Quitters | §Menolak untuk mendaki lebih tinggi lagi |
| §Gaya hidupnya mendatar dan “tidak lengkap” | |
| §Bekerja sekadar cukup untuk hidup | |
| §Cenderung menghindari halangan yang muncul | |
| §Jarang sekali memiliki persahabatan yang sejati | |
| §Lari dari masalah | |
| Campers | §Berusaha untuk mendaki, tapi akan berhenti di satu-satu tahap |
| §Mereka merasa cukup puas telah mencapai suatu tahap tertentu | |
| §Masih memiliki sejumlah inisiatif, sedikit semangat, dan beberapa usaha | |
| §Mengorbankan kemampuan individunya untuk mendapatkan kepuasan, dan mampu membina hubungan dengan para camper lainnya. | |
| §Menahan diri terhadap perubahan, meskipun kadang tidak menyukai perubahan besar kerana mereka cepat berasa selesa | |
| §Mereka menggunakan bahasa dan kata-kata yang bertoleransi, misalnya, “Ini dah bagus,” atau “Cukuplah sampai sini saja” | |
| §Prestasi mereka sederhana, dan sumbangannnya tidak besar juga | |
| §Meskipun telah melalui pelbagai rintangan, namun mereka akan berhenti juga pada suatu tempat dan mereka “berkhemah” di situ | |
| Climbers | §Mereka akan untuk terus “mendaki”, mereka adalah pemikir yang selalu memikirkan kemungkinan-kemungkinan |
| §Hidupnya “lengkap” kerana telah menempuhi dan mengalami semua tahap sebelumnya. Mereka menyedari bahawa akan banyak imbalan yang diperoleh dalam jangka panjang melalui “langkah-langkah kecil” yang sedang dilaluinya | |
| §Menyambut baik halangan, memotivasi diri, memiliki semangat tinggi, dan berjuang mendapatkan yang terbaik dalam hidup; mereka cenderung membuat segala sesuatu yang wujud | |
| §Tidak takut menjelajahi potensi-potensi tanpa batas yang ada di antara dua manusia; memahami dan menyambut baik risiko serta bersedia menerima kritikan | |
| §Meyambut baik setiap perubahan, bahkan sedia mendorong perubahan tersebut ke arah yang positif | |
| §Bahasa yang digunakan adalah bahasa penuh dengan kebarangkalian melakukan, kemungkinan-kemungkinan; dan mereka berbicara tentang merealisasikan usul | |
| §Memberikan sumbangan yang cukup besar kerana mewujudkan potensi yang ada pada dirinya | |
| §Mereka tidak asing dengan situasi yang sulit kerana kesulitan merupakan sebahagian dari hidupnya |
Ini adalah peringatan untuk diri sendiri dalam melayarkan bahtera kehidupan.
Dipetik daripada pelbagai sumber.
Jun 12, 2010
Sudut Pandangku
Langgan:
Ulasan (Atom)




